Thursday, September 2, 2010

Entry apa ni??

Lama betul rasanya tak guna Bahasa Melayu.. hehehe Sorry la Shona dear.. I missed Bahasa Melayu so this version, you will have to get Kiong to traslate it for you.

Aku sangat2 bersyukur (Alhamdulillah) and beruntung dikelilingi insan-insan ini dalam hidup aku. Fendi, my beloved husband (bahasa rojak dah keluar!), Yasmeen Zulaikha, Sarah Khadijah, Hannah Rumaysa, Mummy, Cik Man yang banyak berkorban tinggalkan rumah diorang yang sekarang ni dah jadi macam kapal karam, my Tai-Ko Nazrul Iskandar and his wifey Karen, adik2 aku Rizal Izuan, Khairil Adnan, Iqbal Amiri (yang dah lama gak la hilang), Kak Pye- my darling aunty cum nurse, Kiong and Shona, Uncle Sunny and Family, Aunty Aileen (yr call means a great deal) Mak mertua aku, nenek di kampung, Busu, Angah, Achik (husband's uncle) Gf adik2 ku.. Fatihha n Sasha yang siang malam jaga n teman kat Hospital, my bosses Mr. Rajiv Vijayanathan n wife Ms Anita, Kawan2 seperjuangan yang banyak membantu Lalitha, Shanti, Laily, Haslin, Jasni, Kak Ita, Zauyah - all your help even if it is just a prayer does help lift the burden. Semua yang telah datang melawat aku di Hospital yang menterjemahkan kepada maksud betapa seorang insan bernama Liza Masrina Ibrahim ini punyai ramai keluarga dan sahabat.

Aku selalu cakap, aku tak layak membenci orang sebab aku tak tau berapa ramai diluar sana yang membenci aku. Hakikatnya pada hari ini aku belum dapat mencari seorang pun kenalan yang bencikan aku.. Aku cume sedar betapa bertuah dan beruntungnya aku mempunyai ratusan kenalan dan sahabat yang sedia mendoakan kesejahteraan aku sewaktu aku ditimpa musibah.

Apa lagi yang aku inginkan dalam hidup ini? segalanya nampak sempurna walau dengan dahi yang kini bertanda (hehe). Aku pernah berkata dengan seorang sahabat yang aku tak mungkin dapat memaafkan seseorang yang pernah mencaci aku lebih dari yang sepatutnya. Aku terlalu benci dengan apa yang telah berlaku sehingga aku lupa yang kemaafan itu bukan hal mutlak aku! Siapa lah aku untuk tidak memaafkan orang lain bila adakalanya aku sendiri perlu minta di maafkan. Kini aku hidup tiada dendam.. tiada benci..

Aku membayangkan 15 tahun dari sekarang di usia 46 tahun, Yasmeen 23, Sarah 19, Hannah 16 aku bakal duduk semeja dengan anak2 aku, sambil gentel kuih raya mengingatkan mereka kepada tragedi yang hampir memisahkan kami. Also, remind Fendi of the days he felt so alone in doing his daily activity masa aku belum boleh berjalan.

Fendi, my husband yang nampak cool most of the time.. told me that he felt very lonely when he has to do things alone.. grocery shopping alone, buy makan alone, lagi? eh.. tak banyak pun yang kena buat alone and yet he felt lost.. awwwwwwww terharu ak! :P

Apapun ni kira entry versi Thank you kot.. kalau ada nama2 yang tidak disebutkan, ketahuilah kamu bahawa setiap apa yang pernah kamu berikan ke aku.. tak ku lupa cuma buat masa sekarang yang tengah menaip ni.. otak aku jam kejap.. harap maklum.

Adios..


No comments: