Saya tidak pernah berniat untuk menjadikan cerita dan kisah anak saya sebagai platform untuk mendapat sokongan sesiapa/mana-mana pihak. Pada hari pertama Arwah Sarah sakit tujuan saya berkongsi cerita dan rasa dalam ruang facebook saya semata-mata untuk memohon jasa baik sahabat2 untuk sama2 mendoakan keselamatan anak saya.. Saya tidak rasa permintaan itu keterlaluan.. permintaan dari seorang ibu yang hanya mahukan anaknya sihat kembali seperti sediakala.
Saya rasa perkara ini hanya akan menjadi jelas dan nyata jika cerita ini datang dari saya, Ibunya sendiri.
Anak saya mula demam pada hari Isnin menjelang senja, Selasa tengah hari kami tiba di klinik Tan & Mano di Bukit Antarabangsa. Balik makan ubat dan antibiotik seperti biasa.. Rabu malam, hari lahir kakaknya jadi kami ke KLCC untuk makan malam.. di situ arwah beberapa kali mengadu sejuk dan suhu badannya agak tinggi.. sampai dirumah saya beri ubat demam dan arwah tidur seperti biasa sedangkan kami mama dan papa nya kejap2 bangun merasa badan sambil lap dengan tuala basah dan tampal cool fever.
Khamis pagi2 kami bawanya ke Tan & Mano untuk dapatkan referral letter dan terus ke Ampang Puteri berjumpa pakar kanak2. Di sana kami menjalankan ujian darah.. Keputusan ujian darah arwah biasa.. blood count untuk sel darah dan putih seperti biasa.. cuma ada sedikit infection jadi dr pakar beri ubat antibiotik.. Menjadi kebiasaan, jika ada demam denggi atau jankitan yang serius, bacaan sel darah merah atau putih akan ada perubahan tetapi untuk arwah semuanya normal.
Kami pulang ke rumah dan arwah mengambil ubat antibiotik, ubat demam, ubat batuk seperti biasa. Malam itu arwah tidur lena seperti biasa.. Memang sejak arwah demam nampak arwah sering terlena.. saya sangka mungkin arwah letih kerana demam.. seperti ibu-ibu lain... saya biarkan anak saya tidur. Jumaat pagi sebelum ke tempat kerja, suami saya sempat memegang anaknya.. "dah kurang demam dia" katanya.. kerana itu dia pun terus ke pejabat.
Pagi itu, arwah bangun pagi dan ke tandas beberapa kali.. saya tanya dia "Arah buang air besar ke?" ,"ya" katanya.. Tak berapa lama selepas itu, pakcik yang sedang membuat kerja renovation dapur saya tiba dan saya keluar membuka pintu untuknya.. selepas itu sarah enggan tidur.. dia hendak duduk menonton tv diluar. Saya turutkan.. sambil membuat kerja2 crochet saya, dia duduk di sofa dan saya duduk di lantai. Saya mula memujuknya untuk makan antibiotik.. pil yang dr berikan.. takut tak boleh telan katanya.. saya kata.. arah mesti boleh.. arah kan pandai.. nanti mama ajar.. puas saya pujuk itupun setelah dia menyiapkan kad untuk neneknya.. kebetulan hari jumaat itu hari lahir neneknya.. belum sempat siap dia mewarna dia mengadu.. "Arah penat la ma.." saya katakan padanya "Penat tak payah la buat.. biarkan.. nanti sambung" dia akur dan kemudian kami ke meja makan untuk makan ubat..
First attempt untuk telan ubat pil antibiotik tu tidak berjaya, pil tu masih di mulut.. cubaan kali ke 2 baru dia berjaya telan.. dengan bangganya dia menunjukkan ibu jarinya 'thums up' with that look on her face.. yang SAYA AKAN INGAT SAMPAI BILA2.. takkan dapat saya lupa..
Selepas itu dia ke sofa.. duduk sebentar sebelum ke tandas lagi.. saya tanya soalan yang sama.. pelik kenapa banyak kali sangat dia buang air besar. Keluar dari tandas dia mengadu kesejukkan.. saya suruh dia baring di sofa.. tak lama kemudian dia mula menggigil.. saya selimutkan dia.. saya mula telefon mummy saya.. hati saya memang tak sedap.. rasa ada yang tak kena.. mummy kata maybe sebab dia perut kosong.. jadi saya suapkan nasi goreng.. dia hanya makan 1 sudu kecil.. dan minum air. Kemudian kami berpindah tempat ke dalam bilik.. dia masih meminta air.. Sambil baring dia meminta saya "Ma, boleh tak mama baring belakang arah?" saya baru hendak merebahkan badan dia bersuara lagi "Kenapa mama tak pandang Arah"... "ya.. mama nak pusing la ni.. baru nak baring.." Badannya makin kuat menggigil.. saya memeluknya sambil menelefon papanya.. Talian disambungkan dan dari talian telefon suami saya boleh mendengar suara Sarah menggigil.. betapa kuatnya dia menggigil.. Suami saya di Kampung Pandan bersiap untuk solah jumaat tetapi katanya dia akan cuba ambil teksi untuk pulang..
Sementara saya menggosok2 dan memeluk sarah.. kakak dan adiknya mandi.. sesudah mereka siap, saya beritahu sarah "Baring ya, mama nak mandi kejap je.. nanti papa balik, kita ke hospital" Saya terus ke bilik air, mandi lebih kurang dan bila keluar, suami saya pun tiba..saya terus bersiap dan mendapatkan Sarah.. nampak sudah tak menggigil.. tapi badan nya sangat sangat panas.. saya cuba duduk kan dia.. tapi dia pucat.. saya minta kakak ambilkan cool fever, tampal cepat2, terus ambil wheel chair dan tinggalkan rumah.
dari tingkat 8 rumah saya ke tingkat 1 parkir kereta.. sarah mula ketawa seorang.. dia asyik menghulur kakinya ke roda dan berkata.. "Sarah nak sliper!" sambil ketawa.. saya jadi panik dan marah sambil tinggikan suara saya katakan takde selipar!.. tapi sarah tak sedar.. dia terus menyorong kakinya. Bila suami sarungkan selipar dia ketawa.. itulah ketawa terakhir yang saya lihat di wajahnya..
terus kami bawanya dengan niat menuju ke Ampang puteri.. sampai di jalan sentul manis bila saya toleh kebelakang Sarah sudah memandang ke atas.. dengan suara yang pelik.. saya tak tau.. saya tak faham.. apa yang berlaku.. saya terus memanjat ke seat belakang cuba mendukung sarah tapi saya bukan saja ditolak, malah di cakar ditumbuk di tolak seolah-olah saya bukanlah sesiapa untuknya.. kenapa ni Sarah? Arah! Arah! ni mama Arah! saya memanggilnya berkali-kali hanya untuk ditolak dan dicakar.. saya peluk saya cium tapi dia terus memandang keatas.. saya menyuruh suami berhenti di Tawakal..
Tiba di tawakal dia dibawa terus ke red zone kemudian terus ke ICU..
Baru hari ini saya tahu ramai yang cuba mendapatkan cerita sebenar.. Dear readers, this is the truth.. do you think all this is easy for me to digest in less than 1 hour? Dari seorang anak yang masih boleh bangun berjalan dan menyapa sambil melukis tiba2 dia di ICU.
Sekali dia ditolak masuk ke ICU kami menanti dari jam 1.40 hingga 6.30 petang lebih kurang..
Ini apa yang Dr. beritahu kami..
Your daughter came in very very very bad.. She is in a shock and her whole body system is in a mess. her heart is very very very weak and is not pumping enough blood. Her blood could not clog. She is bleeding very badly from nose and mouth!
Untuk sesiapa yang merasakan tulisan Bahasa Inggeris saya mengelirukan, saya minta maaf.. barangkali saya belum cukup ilmu.. jadi saya cuba terangkan dalam bahasa melayu.. kata dr
Anak puan sangat sangat sangat tenat. Badannya dalam keadaan 'renjat' dan seluruh sistem badanya bercelaru. Jantungnya tidak mengepam darah sangat lemah, darahnya tidak membeku jadi darah keluar melalui hidung dan mulutnya..
We cannot promise anything as she is very very very critical.
Ubat yang diberi adalah yang paling kuat dan dalam dos maksima untuk bantu jantungnya.. itupun masih sangat lemah
Tiba2 bacaan darahnya jadi sangat2 berbeza berbanding semalam..tiba2 kata dr. anak saya ada virus leptospirosis, denggi dan satu lagi bakteria lain..
Saya berniat untuk menceritakan bagaimana kami berdua papa dan mama yang seperti juga ibubapa lain menganggap anak sebagai nyawa sendiri merngambil keputusan untuk menerima dan melepaskan arwah kembali kepada penciptanya.. barangkali di lain siri.. ini adalah siri khas untuk menceritakan dari awal bagaimana arwah sakit
Dari hari kami MENGKEBUMIKAN anak kami Sarah Khadijah, rumah kami sudah dikunjungi oleh Pegawai Kesihatan dari Jabatan Kesihatan.. kemudian dari DBKL untuk mendapatkan statement pergerakan kami 2 minggu yang lalu.. U tell me which part of the story that people wont understand? Is it so difficult to understand that it is NOT EASY losing a CHILD? Hari berikutnya, Selasa juga ada pegawai dari DBKL datang hendak bersoal jawab.. kami tolak dengan berkata... tolong lah faham perasaan kami yg baru kehilangan anak.. jawab pegawai tu.. oh! ye la kesian.. now how do u feel if u were us??
Hari Rabu, kami ke Ampang Puteri untuk blood test anak2 yang lain.. di sana kami didatangi pegawai dari Jabatan Kesihatan..
Kami ke Wetworld, I-City (tidak ke Snow walk) dan Taman botani di Shah Alam Pada 10 dan 11 November 2012 this shall answer most of the question about when we were there.. saya TAHU virus itu memerlukan 2 hari - 4 minggu untuk menunjukkan tanda.. I have DONE my research.
Saya TIDAK PERNAH kata virus itu datang dari WWSA.. tolong faham.. saya tidak langsung pernah melonjakkan semangat untuk boikot WWSA malah perkataan boikot itu tidak pernah sekalipun keluar dalam posting2 saya di FB..
Saya juga TIDAK PERNAH meminta, memohon, merayu sesiapa untuk share dan sebarkan.. apa yang saya kata, elakkan ke public pools, elakkan ke taman2 dan hutan2.. elakkan taman2 binatang yang tidak bersih..
Hari Isnin/Selasa saya kurang pasti.. seorang rakan saya post di Wall FB saya memberitahu kawan kepada rakan sepejabatnya kehilangan 2 orang anak lelaki dan mereka juga pernah mengunjungi WWSA.
Barangkali dari situ beberapa pihak mengandaikan virus itu datang dari WWSA.. Jadi dimana silapnya? apa yang besar sangat isu disini berbanding isu NYAWA? salahkan andaian sahabat saya itu? jika salah saya rasa lebih BIJAK jika WWSA sendiri yang mencari jalan membuktikan tempat mereka bersih. Masih ingat kisah IKEA yang diserbu Jakim kerana isu sosej? apa tindakan mereka? mereka segera tutup kafeteria mereka, hentikan operasi, samak semua alatan dan perkakas.. barangkali IKEA milik warga negara luar yang fikirannya lebih bijak dan waras.. the People's trust is most important..
Kesimpulannya..
Saya sekeluarga redha ketentuan Allah.. malah saya percaya dengan yakin dimana tempat Sarah Khadijah dan semua yang berlaku.. (dari ujian darah yang normal, ke blood count yang tiba2 jadi caca marba dan pelbagai virus dan bakteria dalam darah) sebagai PENYEBAB untuk menjemputnya pulang ke tempat yang kekal abadi..
Tidak sedikit pun terlintas di hati dan fikiran kami untuk mengambil apa2 tindakan keatas sesiapa jikapun benar andaian itu kerana kami redha dan tidak timbul soal siapa salah dan dimana asal usul sakit itu.. Bukan kah sakit dan sihat juga dari ALLAH??
Cukuplah apa yang telah di Share... apa yang lebih penting pihak yang berkaitan, silalah jalankan tanggungjawab anda kepada orang awam.. jika betul bersih alhamdulillah.. dan seperti yg telah saya ulang saya tidak meminta sesiapa memboikot.. SILALAH BERAMAI-RAMAI ke mana juga yang saudara saudari kehendaki.. kerana dunia Allah ini maha luas..
Semoga dengan penjelasan ini.. tidak timbul lagi isu dan soalan2 pelik yang sukar dijawab.. kerana saya percaya segalanya sudah jelas..
Liza Masrina Ibrahim
27 comments:
Kak, walaupun sy xkenal akak tp dgn membaca tulisan akak sy rasa seakan dekat dgn akak. Be strong kak. Allah menduga umatnya yg dia tahu kuat dan mampu menghadapi dugaan yg dia dtgkan. Alfatihah buat arwah Arah. Amin!
sedih sy baca kisah liza ni. anak sy pun pnah masuk icu...complication dr chicken pox. alhamdulillah, Allah tidak terus menjemput dia pulang tp meminjamkan dia lg kpd kami. so, he's still here with us.
sy boleh faham perasaan liza sekeluarga walau ujian sy tidak seberat liza. sy doakan agar liza sekeluarga sentiasa tabah & agar arwah ditempatkan di kalangan umat yg solehah....
al fatihah.....
sebagai parents, saya dapat rasa apayang kak liza rasa bila anak yang riang, boleh bergerak bebas, dan tiba tiba dikhabarkan sistem badannya mengalami kecelaruan. and i know u are strong, because, if u r not, u wont be able to write all these. biasa lah, kalau ada musibah yang berlaku, ada yang menyokong, ada yang mengeji. some people would just prefer to be ignorance and some people would simply jump to conclusion.
babe... x mudah tulis cam nih dlm keadaaan ko skang neh.. dan aku berharap explanation ko nih boleh membuka mata pihak berkaitan dengan luas (some says it is a hoax or conspiracy to bring WWSA down).
it is never been easy, to have and to lose.. to mend with things... to accept.. to remember... and all sort of things... even a simple wall with sarah's scribbles can break your eyes into tears.. not to mention others....
bertabahlah babe!!! aku yakin dan tahu ko mmg yg tabah... dan aku jugak yakin itu yg membuatkan sarah pergi dengan tenang..
Simpati atas nasib Puan sekeluarga. Semoga Allah kurniakan ketabahan buat puan sekeluarga.Insyallah,syurga menanti sikecil itu disana..Benar kata pepatah,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Sabar dan tabahlah dengan dugaan dariNya.Al-fatihah buat sikecil Sarah
Takziah dpd saya sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Puan dan suami serta anak anak tabah menghadapi kehilangan besar dlm hidup. Anak sememangnya bagai nyawa pada kita ibu bapa.
Arwah kini penghuni syurgaNYA. Puan dan suami hamba Allah yg terpilih untuk punya anak Syurga.
AlFatihah Untuk arwah Sarah Khadijah.
Biarkan apa mrk nak, mrk tak merasa apa yg puan rasa. Kehilangan anak bukan sprti kehilangan duit yg blh dicari, tapi kehilangan anak buat selamanya tiada galang ganti. Bukan senang utk mengandung 9 bln 10 hari, melihatnya membesar setiap hari, tup tup pergi meninggalkan kitatanpa pesan. Itu sesuatu yg amat pedih. Klu sdh virus tu dtgnya dr sesuatu tmpt, sepatutnya siasat sebaik2nya buktikan bhw virus itu takda bukan nak kecam org. Bagaiman klu ada lagi org lain yg kena. Atau diri dan keluarga sendiri yg kena baru terngada, semoga puan tabah. Semuaya atas ketentuan Allah. Ada hikmah disebalik semua kejadian ini InsyaAllah.
Takziah utk liza sekeluarga di atas pemergian puteri tercinta...
Mmg semuanya adalah takdir dari Maha Pencipta tetapi penyebabnya WWSA harus jugaklah amek perhatian di atas perkara tersebut dan melakukan tindakan sewajarnya ada premis mereka...bkn menidakkan tetapi tidak melakukan usaha ke arah kepercayaan atas kebimbangan orang awam.
assalam Liza...semoga kuat dan tabah dgn ujian Allah...moga arwah di tempatkan di kalangan KekasihNya...Aamin
Al fatihah Liza, semoga tabah menghadapi ujian dari Nya.
Salam takziah, Liza.. Al-Fatihah utk arwah. Setiap yg berlaku ada hikmahnya, insyaAllah...
Salam kenal..salam takziah juga..harap tabah melalui semua dugaan.
takziah buat akk sfamly.. n tahniah jg sb kuat mharungi smua ni.. sgt2 tharu dgn kkuatan akk..
Salam takziah puan...sy phm situasi trsebut...bln posa lps anak sy 6 yrs ol pn admited...pneumoia....1st suspected lymphoma..sejenis kanser...luruh rasa jntung ini..blood test demi blood test..seksa nya bdk d cucuk ambik drh...sna cni..anak sy lps kindie sy send p nurseri..dunno y my ank x suka g nurseri tu..tp sy x pilihn..tp ank slalu sakit bla blik dr nurseri..dlm hari yg sm my ank admited..nurseri kol bg tau akn tutup. 2 wiks ada kes hfmd/ kaki tgn mulut tu..lps dr tu nekad ank x mo send g nurseri tu..x sanggup tingok ank sakit lg..biar la byr mhl upah urg dtg rmh jaga ank half day sy byr 450...yg pnting ank sihat selesa n suka...sukur la lps dr tu ank x lg sakit2 demam..klu x tiap2 bln demam flu batuk non stop...myb ada bdk daya thn bdn nya kuat...setiap bodi mnusia x sama...bg sy arwah ank puan kbtln mndpt virus tu...n bruntung la sepa2 yg dah pegi tmpt2 public semua tu teda trkena virus tu..puan byk2 brsabar...puan org yg trpilih
utk menerima ujian ini...ank puan aknn menanti puan
D pintu syurga nnt...
Izrail pernah mengadu kepada Allah SWT yang dia tidak di senangi oleh keturunan kaum Adam dan dia mungkin dicemuh krn dia ditugaskan mencabut roh manusia, yg akan menyebabkan org akan berduka cita, kerana kehilangan sanak keluarga dan org-org yg tersayang dan juga Izrail berasa sedih apabila dibebankan dgn tugas mencabut roh mahluk-mahluk bernyawa kerana di antara mahluk bernyawa itu termasuk manusia yg terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para Rasul SAW, para nabi-nabi, para wali-wali dan org-org soleh.
Maka oleh itu Allah mewujudkan pelbagai asbab dan sebab akan sesuatu kematian tu,..macam ada yang kena penyakit kronik, ada yang excident, ada yang kerana terbakar dan lemas juda sebagainya itu adalah kerana menjadikan sebab bagi sesuatu kematian..
Maka tidaklah org menyalah kan Izrail lagi..Izrail itu adalah perantaraan saja...Yang menentukan kematian itu adalah Allah SWT
Tetapi kita yang hidup di atas bumi ini, sekurang-kurangnya ingin juga mencari punca di atas sebab kematian supaya kehidupan manusia lain lebih berhati. contohnya kita dah tahu, minum racun boleh membawa kematian...mesti kita taknak minum racun kan...walupun kalau belum sampai ajal, mungkin takkan mati disebabkan minum racun.
AL- Fatihah...Bidadari Sarah Khadijah
Alfatihah :( kuatkn semngt...Allah tau apa yg terbaik utk hsmbaNya. Mmg senang nk suruh sabar tp hidup kena teruskn....sbr ya...menitis air mata akak baca tulisan kamu ni...
Takziah puan.. semoga puan terus tabah dalam ujian yang diberikan oleh-NYA.. insyallah bidadari kecil Sarah Khadijah akan menunggu mama dan papa dan adik beradiknya di pintu syurga..
Takziah adik. Setiap yg berlaku itu adalah atas keizinan Allah SWT. Moga Arwah ditempatkan di kalangan Para Syuhada. Kc tumpang sedih.
Salah Takziah Puan...
Semoga Allah kurniakan ketabahan buat puan sekeluarga. Insyallah, syurga menanti sikecil itu disana..Sabar dan tabahlah dengan dugaan dariNya.
Al-fatihah buat sikecil Sarah
Sedih kak saya baca blog kakak ni..if i were in ur place cnfrm i da pengsan.. but u such a strong mum... Allah sudah tempat arwah di tempat yg paling indah sekali... alfatehah..
Biar la ape org nk ckp kak... org yg ada anak je yg akan paham... moga Allah berikN kekuatan pada kakak sekeluarga
salam..ya ALLAH semoga puan tabah..sedih rasa hati membaca blog puan..semoga segalanya terlerai apepun hanya Allah maha men getahui
as salam Puan Liza..
tersentuh hati saya membaca tulisan Puan.. apa yang dapat saya berikan hanya doa agar Puan, suami dan anak-anak tabah dalam meneruskan hari-hari mendatang ini..
semua ini adalah ketentuan Allah..kehilangan anak dengan cara yang begini..(yang saya pasti Puan sangat2 mengerti & memahaminya..)
.. dan Puan.. apa yang sedang dihadapi juga adalah datang dari Allah.. sesungguhnya, Allah menguji kita untuk menaikkan martabat kita di sisiNYA.. syukurlah kerana Puan, suami dan anak-anak yang terpilih untuk dinaikkan martabat itu.. Doa saya, moga semuanya dipermudahkan Allah dan Puan, suami dan anak-anak redha dengan ketentuanNYA.. amin.
Al-fatihah untuk Sarah Khadijah.
salam takziah dr saya. sebak hati saya baca, tp saya faham perasaan puan. saya pon pernah kehilangan anak sbb dia lahir awal (kandungan 23 minggu). lahir dlm keadaan bernyawa tp tanpa suara, tanpa lihat wajah saya sbg ibunya.dan pergi tinggalkan saya beberapa jam selepas itu, tanpa bantuan oksigen sbb doktor ckp umurnya terlalu muda..sabarlah puan, syurga dia di sana. semoga dia dapat menolong puan dan suami di akhirat kelak..insyaAllah
salam puan liza,
takziah ya. saya tek pernah kehilangan anak, tapi sebagai seorang ibu saya turut bersimpati dgn apa yg puan sekeluarga lalui.
org sekeliling mungkin boleh berkata apa sahaja, tp hanya puan & Allah saja yg tahu rasanya. biarlah apa saja kata orang, u dont owe any explanation pada sesiapa pun. jgn biar hati puan yg sedia bersedih ditambah lukanya dgn kata2 dr org yg hanya tahu bercakap.
moga puan terus kuat.
AlFatihah.
*hugs*
Sabar Puan,Allah dh tentukan yang terbaik untuk puan sekeluarga.Sbg ibu,saya turut bersimpati dan pada saya tidak salah untuk mencari kepastian ttg perkara seperti ini.
Semoga Allah merahmati puan sekeluarga.Insya'allah..
Takziah puan..bidadari kecil tu akan tgu puan di syurga nanti..
Post a Comment