Thursday, February 10, 2011

^^ Suratan Atau Kebetulan^^

I have so many things in mind that I wanted to share. So many things I wanted to just pour out in this blog.

2 minggu lepas aku hadiri perjumpaan bekas pelajar batch SPM'96 SMBBS. While it was a worthy meeting for most of us, it was not so much of a happy gatherig for a few.

I am marking this part as (1).. u will see why soon. Adakalanya agak sukar untuk kita pertimbangkan 'kewajaran' tindakan orang lain, baik yang kita kenal atau yang tidak kenal. Apa jua tindakan, keputusan, anggapan atau 'rasa' seseorang itu tak dapat kita halang, kita larang atau kita kekang. Aku secara peribadi merasakan semua perasaan tidak enak itu boleh di elakkan jika kita 'bersangka baik' dalam erti kata yang sebenarnya. Kadang2 bila sesuatu itu berlaku diluar kehendak kita n kita tak suka, daripada meletakkan ketidapuasan hati kita atas bahu seseorang bukankah lebih elok kita lihat ia sebagai suratan takdir dari Allah. Sepertimana ditakdirkan Allah untuk kita bertemu orang2 yang kita sayangi dan hargai, seperti itu juga Allah menemukan kita dengan orang yang tidak berapa serasi dengan kita, yang mungkin bertentang mata dirasakan seolah2 mata tu ditusuk sejuta jarum. Marahkah kita pada Allah kerana menemukan kita dengan orang itu? Boleh ke nak Marah?

Lets put it this way, misunderstanding, disagreement happens.. Anywhere, anytime in our entire life...Usahkan kawan yang bertahun tak bersua, sedangkan lidah lagi tergigit.. terpulang pada individu untuk menilai setakat mana hendak dikekalkan kebencian itu. Sejauh mana hendak dilanjutkan kisah tidak enak itu untuk terus kekal melekat dihati. Adakalanya terlalu 'vocal' dalam meluahkan dan mengulang-siar 'rasa' itu dilihat sebagai berlebih2 dan mendatangkan pelbagai label dan tanggapan negatif dan dalam masa yang sama menyebabkan 'rasa' lain timbul dalam hati orang lain.. bila sampai bahagian ini sila baca (1) sekali lagi.

Bukankah benar kata orang dulu.. hidup ibarat roda.. it goes on and on and on for as long as you want it to be..

Aku percaya bukan semua orang ditakdirkan untuk berkawan.. Some people are just not meant to be friends, but at least don't be enemy, as that is the last thing on earth you wanna have. Aku tidak bercakap ikut sedap gigi.. I talk from experience.Aku pernah dilabel. Bukan oleh kawan malah oleh salah seorang 'Bos' kepada immediate 'Bos' aku.. so u can almost imagine the level of 'kebencian' yang meluap2 dalam hati aku untuk orang itu. Statement dia bukan setakat biasa2.. statement yang melibatkan keperibadian yang kalau berlaku disyarikat lain mungkin aku dah dapat surat amaran. Aku menganggap orang itu sebagai musuh, dan aku pernah kata aku takkan maafkan dia sampai bila2 and she owes me BIG time! Korang ingat yang aku accident June? Selepas aku accident, aku menganggap tidak ada satu pun permusuhan dalam hidup ini yang bebaloi untuk kita teruskan kerana hidup ini percayalah! sangat2 singkat babe.. nyawa bole melayang bila2 masa sebab 'mati' adalah sesuatu yang kita tidak tahu BILA, DIMANA dan BAGAIMANA. Lepas accident, tiba raya aku hantar sms, aku mohon maaf pada orang tu andai aku ada salah silap dan balasan sms dia menyentap tangkai hatiku.. katanya dia juga mohon maaf, katanya lagi semasa dia dapat tahu aku kemalangan dengan anak2, siang malam dia doakan moga allah selamatkan kami dan alhamdulillah Allah perkenankan doanya.. U guys wanna know what I think?? Aku sama sekali tak sangka orang yang aku anggap musuh, yang aku anggap berhutang kemaafan dari aku mendokan aku dan keluarga aku saat aku ditimpa dugaan.. Aku terkedu dan dalam masa yang sama aku sedar.. Kita tidak layak menilai orang.. Siapalah kita hendak menilai orang lain sedangkan kita sendiri tidak sempurna. Dapatkah kita membaca hati dan fikiran orang lain?

 Walau mungkin tak bole jadi kawan tapi usahlah menjadi musuh, I want to be able to at least say Thank You for Being a Friend.. Walau tak bole bertegur sapa dan bermesra cukup sekadar bertukar pandangan dan bukan jelingan benci. Kalau tengok pun dah tak boleh, anggap saja Dia yang berdiri depan mata kita sebagai 'Halimunan' bukan susah.. anggap saja.. takdir Allah menemukan kita dengan 'halimunan' itu dan siapalah kita sebagai hambanya yang kamil ini untuk mempersoalkan kewajaran pertembungan itu because SETIAP SESUATU YG BERLAKU ADA HIKMAHNYA dan dalam semua perkara mereka yang terlibat hanyalah 'penyebab' kepada berlakunya apa yang Allah ingini.. 'Kun Fa Ya Kun'.

Anggapla apa jua kenyataan dan luahan sebagai hak mutlak peribadi untuk meluahkan apa yang hendak diluahkan dan bacalah dengan fikiran dan hati yang terbuka. Elakkan segala prasangka yang mengeruhkan hubungan yang sedia elok terjalin. Tak perlu pertikaikan kata maaf itu harus datang dari siapa dulu... walau pada aku orang yang menyebut 'maaf' walau tidak bersalah adalah orang yang paling merendah diri dan dipandang tinggi. Anggapla pertembungan yang tidak enak adalah suratan takdir dan anggaplah perjumpaan itu kenangan manis.

Aku sangat bangga.. bangga melihat kawan2 yang dulu 'nakal-nakal' sekarang ni success2 belaka.. aku percaya kalau dulu ada cikgu2 yang kutuk korang lebih2 hari ni kalau jumpa mau rasa bangga yang berbunga2 if not rasa segan.. ya.. harus gitu dong.. yang Taiko dulu bukankah elok jayanya?? Yang asal spot check sure kantoi bukankah lebih rapi dan terurus hari ini.. Semua punya hati emas! Tidak penting siapa kita dimata orang, lebih penting bagaimana kita meletakkan diri kita untuk dinilai di sisi Allah. Berbuat Baik dan bersangka baiklah.. u Will never go wrong. Allah itu maha adil.. tiada manusia yang layak menilai dan menghukum selain Allah yang Maha mengetahui.. Aku tak layak beri nasihat tetapi aku hanya menyatakan apa yang terbuku dihati dengan harapan segala kekusutan terlerai kini.. tiada yang lebih elok melainkan redha saja dengan ketentuan illahi..

Maaf aku mohon andai apa jua yang aku nyatakan di sini tidak menepati citarasa kalian.. Thank you for being a friend and may we always remain as friends..

Liza Masrina Ibrahim