Friday, December 7, 2012

Ku Lepaskan dengan Redha - Sarah Khadijah

Sepeninggalan Sarah Khadijah, jari yang biasanya laju merajut benang tiba-tiba tidak seperti selalu.. Ada masanya baru pegang hook 20 minit rasa macam 2 jam.. "Li, aku dah jadi macam rama-rama yang dah terluka sayapnya" itulah kata2 yang aku luahkan dengan linangan air mata hari Selasa lalu kepada sahabatku Laily..

Semasa dia datang melawat hari Sabtu, 24 November itu, kami berpelukan sebaik berjumpa.. tiba2 sayu dan hiba rasa hati aku.. Dr. Kishore beri kebenaran untuk aku bawa masuk pelawat walau diluar masa melawat untuk wad ICU. Sejak Sarah dimasukkan ke ICU aku bertemankan air mata. Sampai luka2 di sekeliling pipi dan kelopak mata.. 

Hati saya sayu yang teramat.. saya tak tahu apa yang boleh saya lakukan untuk bantu anak saya yang selalu menbantu saya itu dan ini, yang selalu menggembirakan hati saya bila saya bersedih, yang tidak pernah sekalipun membiarkan bibir mamanya 'turn upside down'.. mama se-mile (smile) la mama.. kyape (kenapa) mama sad aje.. she will then try to turn my upside down lips :( into a smile :).. 

Selepas peristiwa kemalangan tahun Jun 2010, saya sangkakan itulah peristiwa paling buruk sepanjang hidup saya.. dengan pelbagai keajaiban yang berlaku begitu memihak kepada kami.. My femur and pelvic injury which was very very severe is now 100% heal and back to normal.. Sarah who was in ICU for more than a week due to concussion to the head and epilepsy also, back to normal without any continuation of medication.. syukur Alhamdulillah.. Selepas pulih dari semua kecederaan, salah satu gigi Sarah yang menurut doktor masuk kedalam gusi akibat hentakan kuat kekal berada didalam gusinya selama 2 tahun.. Sehingga awal tahun ini.. secara tiba2 saya ternampak gigi hadapan Sarah yang selalunya jarang dan ada ruang (gap) tiba2 nampak penuh! "Eh! Gigi arah dah turun la arah!".. Sarah hanya tersenyum manis sambil menunjukkan giginya..

Tiba-tiba saya terasa berdosa.. Betapa sepanjang hidup saya ini saya leka dan lalai.. namun terus terusan diberi hidayah dan anugerah dari Allah.. Betapa hamba yang hina ini ya Allah telah diberikan sebanyak2nya kasih dan sayang darimu Ya allah untuk terus dekat dan kembali kepadaMU.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

The worst that could ever happen to a child is to lose a parent and the worst that could ever happen to a parent is to lose a Child. Betapa benarnya kata2 ini.. sesiapa yang pernah kehilangan ibu atau bapanya semestinya menghadapi kesedihan dan kemurungan yang mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.. Namun dari setiap kematian itu sebenarnya yang harus ada dan harus terbit adalah rasa Insaf.. bahawa segala yang hidup akan pulang kepada penciptanya dan akhirat itu adalah sebenarnya tujuan hidup kita..

Perlukan Liza menjadi begini islamic? ya, Liza perlu.. kerana I have made a promise to my child.. "Arah tunggu mama di pintu syurga ya sayang.. Mama akan cuba ubah menjadi lebih baik.. Lillahi Ta'ala.. kalau mama lalai dan leka. arah ingatkan mama ya sayang.."

Dari mana datangnya kekuatan saya untuk Redha melepaskan anak saya.. Saat saya diberitahu oleh Doktor bahawa keadaan anak sayang sangat2 tenat.. 
"She is not doing well and she is very very very critical. Her bleeding shows sign of bleeding to the brain and possible brain injury.. There is some injury to her kidney and liver.. both are being given medicine to sustain, most importantly her heart is very very weak although with support of 3 max dose of medicine.. We have stopped her sedation since Saturday morning and till now (around noon ) there is no sign that the brain is functioning and no response from the eyes as well.

Kidney and liver if there is a minimal injury, it can regenerate but as u know, heart and brain once its off, we die"

Bila melangkah keluar selepas cuba untuk 'digest' semua yang diatas, saya rasa seperti diawang-awangan.. macam tak pijak tanah.. disambut sahabat saya Sya-Hanim lutut terasa longlai.. saya menangis.. di marah juga sahabat saya tu.. asking me to get hold of myself and stop crying..

Doa pertama saya selepas kata2 dr diatas ialah... memohon bantuan dan mukjizat Allah taala untuk saya hambanya yang hina ini.. Untuk segala kebaikkan yang pernah saya lakukan saya mohon Allah berikan YANG TERBAIK untuk Sarah Khadijah.. YANG TERBAIK untuknya..

Tiba-tiba saya terfikir.. selama saya menjadi Mamanya adakah saya sentiasa mahukan yang terbaik untuknya? saya ingin dia boleh membaca, boleh menulis dan mengira.. is it really the best for her? I think half of it is also the best for me.. because I would want to be able to tell my friends that my 6 year old daughter can now read.. Berapa dari kita yang bila kita lakukan sesuatu adalah 100% untuk anak itu dan bukan untuk diri kita.. I want for ONCE to do let Allah Taala decide what is the BEST for Sarah.. Itu doa saya..

We brief or family members about Sarah's condition.. I told my mum and Cik Man (ayah tiri yang tiada bezanya dengan ayah kandung saya) Liza sayang Sarah.. tapi liza tidak berdaya melawan takdir.. Liza bukan tak boleh terima kalau Sarah boleh baik.. tapi dia tak sempurna.. Liza boleh terima tapi kita kena ingat.. walau kita sakit hati tengok dia sakit.. yang tanggung sakit tetap dia bukan kita.. Walau liza sanggup jaga kalau dia tak sempurna apa akan jadi pada dia kalau Liza dah tak de.. semua tu Liza kena sedia dan terima.. Kalau sudah sampai masanya Allah hamparkan jemputan untuk Sarah.. liza tak nak halang perjalanan dia.. Whats best for me might not be the best for her but Whats BEST FOR HER is the best for me because I only want what is the best for my child..

Kepada Anak mama.. mama bisikkan ke telinga Sarah..

Arah.. mama ni.. mama tau arah dengar.. Mama nak bagitau arah ni.. Mama sayang arah sangat2 tau.. sayang arah banyak2.. I love you very very much.. Kalau arah boleh baik, balik pada mama dan papa, mama ngan papa suka sangat.. baik dan datang kat mama n papa tapi..... kalau Allah dah ajak arah balik.. Arah baliklah.. jalan baik2 ya sayang.. Allah dah janjikan syurga untuk Arah in shaa allah... Mama love arah very very much.. I love you enough to let you go.. 

Mama nak arah tau.. mama proud sangat dengan arah.. Arah buat mama ngan papa happy sangat.. terima kasih ya arah.. terima kasih jadi anak papa ngan mama.. terima kasih sebab sayang mama ngan papa.. Mama mintak maaf kat arah.. kalau mama pernah marah arah.. pukul arah, rotan arah, mama mintak maaf.. sorry yea arah.. mama sayang arah banyak sangat.. mama halalkan air susu mama.. kalau mama ada ambik duit arah, barang arah, halalkan ya arah.. duit yang arah simpan 20 tahun nak belanja mama tu nanti mama belanja yang sebaik-baiknya ya sayang.. Arah.. Great People, Do Great Things, Face Great Challenges - Arah the GREAT!

Arah, arah tau tak.. masa allah masukkan arah dalam perut mama, Allah dah cakap.. Arah ni allah bagi pinjam kat mama while Allah prepare arah punya castle.. the pink and purple castle just like you always wanted.. sekarang castle arah dah siap.. sebab tu arah kena balik ke castle arah.. Mama dah boleh imagine dah.. mesti arah cantik pakai dress arah tu.. mama tau.. arah kan cantik!

Arah.. arah baca doa yea sayang.. ashadualla ilaha illallah.. wa ashhadu anna muhammaddarasulullah... 

It was not easy letting go the person i love so much.. A person who have brought much joy and happiness in my life.. Saya tak dapat hendak menggambarkan dengan kata2 betapa sayangnya saya pada anak2 saya.. mereka umpama nyawa saya.. Namun begitu, Allah sebaik-baik perancang, yang maha mengetahui, yang empunya langit dan bumi, maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya.. dijemput Sarah pulang semasa saya sudah sihat dari kecederaan saya.. sihat seperti sediakala walaupun dalam keadaan yang tiba-tiba dan saya REDHA.. ini yang terbaik untuk saya dan balasan yang terbaik untuk anak saya Sarah Khadijah yang telah dan akan mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.. a place that I could not afford to give.. a place that money can't buy..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Lailaha ilallah.. Allahu Akhbar..

Allahummarghfirlaha, warhamha, wa'afihaa, wa,fuanha.. Al fatihah untuk Sarah Khadijah..


4 comments:

Buaian Berendoi Azma Azlim Decor said...

salam perkenalan liza, sama2 lah kita berdoa agar sarah tenang disana...sedih rasanya...alfatihah

Mrs Hakim said...

Salam Kak...Salam Takziah dari saya... sesunggunye arah seorang anak yang baik..dapat saya bayangkan arwah seorang anak yg ceria dan disayangi keluarga.. Kuatkan semangat..

Suhaini Saperan said...

Allahuakhbar... moga kak tabah dgn ujian Allah swt ini... Allah swt hanya menguji pd hambaNya yg mampu shj.... :'(( Al-fatihah buat Arah... dr Dia kita dtg, pd DIA jua kita kembali.....

Unknown said...

Assalamualaikum kak, u r the strongest person i ever met..Allah swt lebih sayang kan Arah..al-fatihah buat Arah..