Thursday, December 13, 2012

All the good things in life is FREE

Saya masih ingat rasa sesak dada dan sakit yg menusuk di kiri dan kanan rusuk saya sekitar jam 2-3 pagi, Ahad, 25 November 2012. Sempat juga saya memberitahu suami.. "I thin I can feel her pain, pa.. I really think so".. and he just gave me a pat trying to help me go to sleep. It took me quite some time to actually sleep.. kami tidur beralaskan selimut 'toto' di ruang menunggu wad ICU

Kami tersedar hampir jam 6.45 pagi.. Suami terkejut dan kami terus terjaga.. 'Bangun ma! kang terlepas subuh" dan saya bergegas bangun.. Untuk julung2 kalinya hati berdebar-debar dengan rasa sangat takut sambil menangis saya beristighfar.. takut.. sangat takut.. bila bangun subuh lambat doa saya untuk anak saya sembuh tidak dimakbulkan Allah.. Walaupun pada waktu itu saya bersedia untuk menerima segala kemungkinan.. sesekali harapan untuk anak saya kembali sembuh kembali menebal.. Everyday is a new challenge.. to face something I do not cannot imagine and do not know what to expect..

That morning, my husband was waiting for his boss to come. He wanted to explain to his boss about sarah's condition just like we explained to our family members the night before. So he asked me to go down to the hotel lobby and get some fresh air.. "dah 3 hari berkurung di tempat menunggu wad ICU.. at least he went down to buy some food and all but I never left the ward.. I want to be close to Sarah..

Bila saya akhirnya turun ke lobby ditemani seorang kawan sekolah yang kebetulan bapa mertuanya juga di wad ICU.. saya mengambil angin sambil melihat dari luar barang2 yang dijual di kedai cenderahati.. I told my friend Norly,
" Aku tengok mainan ni semua.. semua ni kalau anak aku nampak.. mesti ada je yang dia nak.. selalunya apa yang anak2 kita nak.. kita tapis, kita fikir.. ada yang kita belikan ada yang tidak.. Kalau kau tanya aku kan Norli, sekarang ni kalau anak aku sihat, dia mintak apa saja, apa saja dalam kedai ni aku akan belikan.. APA SAJA.." sambil airmata aku tak henti-henti mengalir..

Seriously, IF, she is here today, I will buy anything she want.. anything she ever wanted.. after a while I continue..

"tapi kan norly, aku sedar sekarang.. semua ni kalau aku belikan dia takkan boleh tengok, dia takkan boleh main.. takkan berguna pun untuk dia.. sebab sekarang ni.. mungkin seterusnya yang terbaik yang kita patut berikan pada anak2 kita hanyalah DOA kita.. ibu mereka.. DOA je norly.. yang free tak payah bayar.. hanya baca saja.. Its true.. All the good things in life is FREE.."

Isn't it true? All the good things in life is FREE.. air we breathe, the ability to see, touch, namun yang paling2 asas dan terbaik adalah DOA.. Hebatnya doa ini.. menjadikan yang mustahil itu kenyataan, menjadikan yang lemah itu kuat, menjadikan yang sedih itu kegembiraan.. ada yang serta merta, ada juga yang mengambil masa tetapi it will happen.

That morning, after Norly left me at the lobby, I went on to the florist and bought a pink minnie mouse pillow which I am sure Sarah would love it.. and I bought a book for her.. "You'll always in my heart".. paid the lady, I marched straight into the ICU ward.. so confident that it will be a good start.. went close to her and said..

"Assalamualaikum Sarah... good morning sayang mama! mama belikan arah pillow ni arah.. warna pink.. ada gambar minnie mouse.. mesti Arah suka.. mama tau.. mama letak sini tau.. sebab nanti nurse kata dia masuk dalam pillow case.. nanti arah bukak la mata tengok.. and....... mama beli a book! mama tau arah suka cartoon tarzan.. ni mama beli buku Tarzan.. tajuk dia You'll be in my heart.. Kat sini dia kata 'This book belongs to..' Siapa? macam mana eja nama arah? S.A.R.A.H K.H.A.D.I.J.A.H mama dah tulis untuk arah.. mama tau arah pandai tulis tapi arah kena bangun la dulu baru boleh tulis.. mama dah tuliskan dulu siap2 untuk arah ye.."

and I went on reading the first 2 pages for her.. tiba2 hati saya rasa sangat sakit.. sayu dan hiba.. saya tau dah sampai masanya saya keluar sebelum saya gagal mengawal perasaan saya.. I excuse myself by saying I dont wanna disturb kakak2 nurse change your cotton and all.. I went out and cry..

For as long as I could remember.. even after the accident, she woke up and she get well first before I went home.. I told her to.. " arah kena kuat, arah kena sihat dulu, datang tengok mama kat hospital, mama tak boleh jalan" and that was exactly what she did.. She did it for me.. She responded to my request.. but that day.. that particular day.. SHE DID NOT..

It was never easy.. and It will never be.. to talk to someone who will not respond to you, not even showing a sign that she hears what u say..

I tickled her where I remember she will be saying "geli la ma..." I touch her where I know she likes it, I rub her tummy and say "Ara ni fat la.." all to a silent little one..

Jauh disudut hati saya, saya tahu saya perlu kuat.. untuk Sarah, untuk Kakak dan Hannah..

Pada awalnya saya terpaksa reka sebuah cerita untuk supaya Kakak faham keadaan Sarah.. Saya katakan pada Kakak " Kakak have to go home with Nenek, because, mama n papa have to be here for Sarah.. U imagine Sarah is in a race.. like always, a race there is a winning end and losing end.. sarah is in the middle.. Mama n Papa have to keep pushing and cheering for her to come to us to which end?" then Kakak reply "winning end" "yes! thts y, we have to concentrate on Sarah now that is y u need to go home with nenek.. because kakak, if sarah win, we all win but if she lose, we lose her" then Yasmeen started crying.. but she agree to go home with my mother.

Bila kami katakan kami redha.. kami bersedia dengan segala kemungkinan dan kami dgn sepenuh hati redha melepaskan Sarah Khadijah, kekuatan tu seakan datang terus dari Allah Taala untuk kami suami isteri.. Ketika di beritahu oleh 2 orang Dr pakar "We r sorry, but she has passed away" kami tenang, tiada tangisan.. "Innalillahi wainna ilaihi rojiun" kami redha.. and we went on preparing for her funeral.. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. ramai yang datang membantu kami yang kali pertama menguruskan jenazah..

Lobi ICU penuh dengan saudara dan sahabat handai yang masing2 menangis hiba bila diberitakan tentang Sarah Khadijah yang telah kembali ke pangkuan Allah s.w.t dan hanya 1 yang saya katakan pada mereka.. each n every one there that day.. "Tolong doakan aku kuat.. untuk aku selesaikan tanggungjawab aku.. doakan aku ya.."

Saya percaya kekuatan dan ketabahan kami suami isteri yang tidak menitiskan walau setitis air mata dari hari anak saya meninggal dunia sehingga di selamat dikebumikan adalah dari Allah taala.. yang memberikan kami kekuatan itu kerana DIA maha mengetahui hati dan perasaan kami dan DIA kasihkan kami.. and ALLAH knows we need all the strength.

Ara.. harini masa papa hantar kereta for repair, papa keluarkan selipar Ara.. Selipar yang ara choose yang kita beli masa pegi Shah Alam.. cantik selipar ara.. mama nampak ara punya foot print.. Mama rindu ara.. mama cium selipar ara tapi tak de bau la arah... hehehe.. mama tengok foot print ara.. mama ingat ara punya 'little feetie'.. masa hannah baru lahir, ara selalu cakap 'chomelnya hannah punya little feetie (little feet)' now mama miss ara punya feet..

Semalam mama pergi rumah aunty mala.. aunty yang selalu teman ara kalau mama lambat turun ambik ara.. dia kata ara suka hiding belakang kereta kalau ara tau mama nak turun.. mama cakap dekat dia "Now she is hiding forever la Mala.." aunty mala sad aje.. mama pun sad tapi mama sad bukan sebab apa.. mama miss ara la.. ara kan mama punya boyfriend.. mama kan suka baring kat bahu ara macam boyfriend..

mama sayang ara forever and ever.. macam lagu barbie yang ara suka


"If i could wish for 1 thing, I take the smile that u bring, wherever u go in this world I come along.. together we dream the same dream, whenever i'm here for you, you're here for me.. oo.. 2 voices 1 song.."

Mama hadiahkan ara doa dari mama.. mama mintak Allah keep ara happy macam ara selalu happy kan mama.. Al fatihah untuk Sarah Khadijah.. amin..

17 comments:

Gift Shoppe said...

sedihnye kak bila saya baca blog akak ni..ya Allah semoga kita semua dirahmatiNya..amin

Unknown said...

bergenang air mata sy kak saat sy baca coretan akak nie.. al-fatihah untuk arwah arwah & takziah buat akak sekaluarga...

Buaian Berendoi Azma Azlim Decor said...

ehhhhh liza, your 'boyfriend' song's to kita pon ske jugak...btw u mmg sorang yg sgt2 tabah......lps nie kalau tgk cerita princess barbie diamond castle tu mesti ai teringat kat dia jugak...alfatiha utk arwah sarah semoga beliau tenang disana...

hamka said...

Aku dan bini menangis baca kisah ini, esok, aku nak beli mainan kat anak aku sambil sedekah al fatihah kat anak kamu...

hamka said...

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."

dan..

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

My territory said...

takziah ye akak. AlFatihah

Bakal Jenazah said...

al-fatihah..sedih..akak memang tabah :)

Egg Head said...

akak......sabar ya...saya mcm nak nangis baca kisah akak....

Suraya said...

Takziah diatas kehilangan anak akak..
Dan d masa yg sama ay berterimakasih krn sudi berkongsi cerita ini..mengajar sy utk tabah menghadapi dugaan...
Dan lebih menghargai anak2 Di sisi..
Terima kasih sekali lagi...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tabahnya hati seorang ibu

budoxe said...

innalillah~
selalu buat portable chest x-ray kat ICU. beginilah perasaan para ibu bapa, saudara mara.. semoga roh di cucuri rahmat ALLAH

Unknown said...

Takziah. Allah Maha Mengetahui

sheh11 said...

Innalillah...
Cukup terharu...coretan yg menginsafkan. Rintihan hati seorang IBU.
Semuga Allah terus beri kekuatan...dan semuga Allah gembirakan 'Sarah' disana sebagaimana dia pernah gembirakan Ibunya...Al Fatihah!

Liza Masrina Ibrahim said...

Kepada semua yang comment, Terima Kasih banyak2 atas doa dan kata2 peransang.. Saya tak pandai nak tag2 nama.. reply comment pun jarang2 sekali.. tapi saya baca semua comment. Mudah2an semua yang saya tuliskan bermanfaat untuk sesiapa juga yang membaca.. Terima kasih juga untuk semua yang sedekahkan Al-fatihah untuk Sarah Khadijah.

Unknown said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun..
salam takziah dari saya dan suami,
dulu saya prnah rasa begini..tidor tepi wad icu hbkl untuk tunggu arwah mak,berlari ke surau hospital sbb takot sgt doa x dmakbulkan Allah..
smpaikan polis bantuan kat wad jadi tukang belikan makanan.. Alhamdulillah,doa saya supaya hilangkan penderitaan sakaratul maut mak termakbul.bersabar byk2 ye kak,Allah sayang sangat2 pada anak akak..

atieaizam said...

Al-fatihah buat arwah Sarah.. masih terbayang wajahnya yang comel di hari Graduansi Tadika Jasmani.. so sweet..

Shaneesara said...

Salam perkenalan untuk Liza,

Membaca coretan Liza mmg sangat2 menyentuh jiwa saya.... saya sedang membayangkan anak Liza Sarah Khadijah saat ini sedang bermain2 dgn anak saya Alyasara Farhanin di taman Syurga.. Anak saya yg saya panggil manja untuk Sara dan sekali sekala panggilan adik... Sara anak bongsu dari 3 beradik yg semuanya puteri dan umur sebaya dgn Sarah anak Liza.. Sara baru meninggalkan kami sekeluarga pada 20 Oct 2012 sblm sempat Sara graduate Tadika. Apa yg Liza coretkan adalah sama dengan apa yang saya rasai sehingga saat ini walaupun dah hampir 2 bulan lebih Sara meninggalkan kami... semoga Sarah dan Sara berbahagia disana.. hanya doa dan alfatihah yang tak jemu2 saya panjatkan untuk melepaskan kerinduan...Semoga kita bersama mendapat kekuatan dan mengubah hidup kita ke arah yg lebih diredhai Allah.. semoga Syurga itu dapat kita raih bersama.. Insyaa Allah..