Monday, December 31, 2012

I am BLESSED..

Sun goes down and we are here together
Fireflies glow like a thousand charms..
Stay with me and you can dream forever
Right here in my arms... tonight..
~ song from Barbie as the Island Princess~

Liza Masrina Ibrahim.. dalam didatangi pelbagai ujian.. saya sedar.. banyak anugerah Allah pada saya..HE put me into the womb of the greatest, most loving, most understanding, most supportive mother, HE gave me the most supportive, understanding, helpful, wonderful loving husband, HE gave me 3 beautiful girls I once proudly claim as my 'Powerpuff Girls'.. my backbone siblings.. family and friends who will always be there for me..

Tidak cukup dengan semua pemberian ini, kerana sayangkan saya, sayangkan keluarga saya, Allah telah menjemput anak saya untuk menjadi penghuni istimewa di dalam Jannah.. subhanallah.. apa lagi yang saya mahukan selain redha Allah dan petunjuknya agar saya sentiasa berada di jalan yang diredhai..

Tidak mudah untuk menerima hakikat apabila tiba2 diberitahu anak mungkin hilang nyawa.. Pada waktu itu yang kami fikirkan hanyalah kuasa doa dari kami kedua ibu bapanya dan juga doa dari semua yang kami kenali. Looking at the once very happy, bullby girl sleeping on a bed with wires on almost every part of her body, motionless with no response is the last thing any parent would want to think of and a parents worst nightmare.

Now, after more than a month, sesekali rasa sebak menyesakkan dada seorang ibu.. sebak kerana rindu.. i often update my facebook writing how i feel esp when i miss my ara.. i end each status with al fatihah hoping for friends and family who read to do the same. dalam kata lain saya memohon org lain untuk sama2 sedekahkan alfatihah untuk permata hati saya.. kerana hanya doa sahaja yang mampu saya berikan untuknya. Wang ringgit, fancy toys, segala pensil warna dan gajet sudah tidak bermakna lagi untuknya.. hanya doa dan bacaan ayat2 suci al-qur'an saya yang adalakalanya kurang sempurnya itu yang saya harapkan tiba sebagai hadiah untuk anak saya yang saya kasihi dengan sepenuh jiwa dan raga saya.

28th December 2012, was supposed to be Sarah' primary 1 orientation day.. i could imagine how excited she would be.. i could almost imagine my fluffy furball jumping here and there in excitement meeting her friends again. I see friends updating their children's first orientation for primary 1 and it somehow leave a small cut in my heart.

31 December 2012 is here... and will come to an end soon.. This morning I woke up feeling that emptiness again.. I miss her so much.. so so much words just could not describe it.. When my child left me, she took a part of my heart with her.. Ya Allah.. hanya padamu segala kekuatan dan kesabaran, hambamu ini memohon sedikit dari kekuatan dan kesabaran itu untukku harungi hari2 tanpa sebahagian hatiku yang telah kuserahkan kembali padamu Ya Rahman.. Ya Raheem..

When I am at home.. i could almost imagine what Ara will be doing with me at home.. and the beginning of 2013 school term is not really something I look forward too..

Ara, mama miss siapkan ara pergi sekolah.. mama miss ikatkan rambut ara.. ikat satu, ikat dua, ikat repunzel, Mama miss pakaikan ara minyak wangi ara tu.. mama miss ara peluk mama kat pintu dan cium perut mama.. mama miss semua tu ara..

Ya Allah yang maha besar, maha berkuasa, yang mengetahui yang tidak kami ketahui.. sampaikanlah rasa kasihku, seorang ibu kepada anaknya yang telah kuserahkan kembali padaMU ya rahman.. sampaikanlah rasa kasih anakku itu kepadaku ya raheem.. Kekalkanlah pertalian kasihku dengan anakku ya allah..ameen..

Bila mama tengok kasut sekolah dalam bilik computer, mama teringat masa mama cubakan kasut tu untuk ara.. bila mama pegang baju sekolah yang kita beli tu, mama teringat masa mama cubakan baju sekolah untuk ara sambil senyum ara kata.. "cuba lagi.." and u gave me that cute look! And now I can only imagine how nice you will look in that blue uniform ara.. Mama nampak beg sekolah ara.. mama cium bag sekolah ara.. ada sikit bau ara.. mama peluk bag ara kuat2.. mama bukak bag sekolah ara.. mama nampak kertas2 yang ara lukis.. Ara memang suka lukis untuk mama.. Mama nampak kad hari raya yang ara lukis untuk papa, mama and kakak.. yang kecik.. mama suka.. ada gambar ketupat.. itu saja kad yang mama akan tengok sampai akhir hayat mama ara.. 

Hari ni mama banyak nangis ara.. mama rindu sangat kat ara.. Mama peluk kakak tadi.. kakak pujuk mama.. Mama tengok hannah, Hannah pun peluk mama jugak.. Mama miss huggy ara tapi mama syukur Alhamdulillah.. mama masih dapat peluk kakak and hannah..

Ara.. sejak ara takde, rumah kita kurang ceria.. kadang2 mama menung, kadang2 papa menung.. kadang2 papa n mama sad.. mama tau ara tak suka mama sad tapi mama tak bole help it.. now mama tau macam mana ara rasa bila ara nangis and ara kata 'ara tak boleh berhenti nangis'.. 

Saya rasa sangat bersyukur.. kerana saya punya pegangan agama.. saya seorang islam dan saya percaya pada Allah dan rasulnya.. At times when I could just fall and collapse, I have Allah to fall back to.. Saya percaya taufiq dan hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk.. walau bagaimana sedih, walau bagaimana perit, walau bagaimana payah, percayalah bahawa Allah sentiasa ada.. dan Allah akan sentiasa membantu hambanya yang yakin dengan kekuasaan dan kebesaranNYA.. Saya hamba Allah yang kerdil, yang punya sekian banyak dosa tetapi Allah masih sangat menyayangi saya.. Allah mengurniakan saya dengan pelbagai nikmat dan saya mensyukurinya.. Alhamdulillahi rabbil A'lamin...

1 comment:

Anonymous said...

Akak, even zira tak kenal akak. But you're my inspire. Your strength your motivate.

Bukan semua org bertuah dan terpilih.
Allah tu maha adil dan dia berkuasa atas segalanya. Be strong.
Believe me. Akak ibu yg terbaik. Sebab itu Allah nampak akak, pilih akak. Ujian Allah berikan kerana dia tahu akak mampu. Mampu atas segalanya untuk terus cekal demi family akak.


love me :
zira.