Assalamualaikum,
Lama rasanya blog ini sepi.. sunyi.. dan saya masih ingat saya terhutang 1 post lanjutan dari Jualan Amal 'Membina Kasih @ Baitul Ehsan'. Alhamdulillahirobbila'lamin...
Melalui program jualan amal itulah, peluang untuk saya melihat tindak tanduk dan tingkah laku Izzah secara dekat.. cara tidurnya, cara makannya, cara jalan dan cakapnya.. Subhanallah Maha suci allah yang mengaturkan segala sesuatu. Saya yakin, 'jodoh' kami dgn Izzah adalah sebagai pesediaan yang Allah telah rancangkan untuk kami.. malah kemalangan tahun 2010 itu juga sebenarnya adalah persediaan dari Allah.. saya akur, saya redha, saya percaya dan saya yakin.. janji Allah itu pasti..
Pada hari jualan, anak2 perempuan mengadakan persembahan nasyid.. asalnya saya memang bercadang melihat persembahan mereka dari jarak dekat.. sayangnya baru sahaja nyanyian mereka bermula air mata saya tak dapat di bendung, hati saya hiba.. saya rindukan anak saya.. Izzah sangat mengingatkan saya pada Ara.. Mama rindu ara.. Suami saya cuba memujuk yang akhirnya dia juga 'kalah'.. kami sama2 hiba dan sebak.. Ketika Izzah meminta 'pizza' dari saya dan menjamahnya.. saya seolah2 melihat Ara yang makan.. tindak tanduk mereka ada persamaan..
Beberapa hari selepas jualan amal itu, saya sayu, saya menangis.. tetapi sentiasa dengan ingatan dan keyakinan bahawa Allah empunya segala sesuatu dan saya redha..
Wahai pembaca budiman,
Sebelum ini apa saja aktiviti amal yang saya lakukan, saya suka libatkan anak2 saya.. saya usung mereka kemana sahaja.. hari ini, kerja2 amal saya kekurangan seorang 'PENYOKONG SETIA'.. saya redha dengan kehilangan itu dengan harapan saudara2 pembaca menggantikan penyokong setia itu.. mudah2an saya mendapat sokongan orang lain dan mudah2an saya mendapat bantuan ALLAH s.w.t dalam memudahkan urusan saya insya allah..
Kami akan menganjurkan jualan amal sekali lagi di Baitul Ehsan. Kali ini dana dikumpulkan untuk membiayai program latihan kemahiran untuk anak2 yatim dan fakir miskin di Baitul Ehsan. Kami berhasrat mencari individu yang mempunyai kemahiran seperti menjahit, membuat kek dan gunting rambut dan sudi mengajar anak2 ini dengan percuma. Dana ini akan digunakan untuk membeli dan menyediakan peralatan/bahan/mesin yang diperlukan untuk latihan2 kemahiran yang bakal mereka ikuti. Ini adalah program jangka panjang yang kami rangka dengan harapan suatu hari nanti anak2 ini bukan sahaja boleh membantu menjana pendapatan untuk rumah mereka malah dapat menjadi kemahiran yang dapat membantu mereka menyara hidup mereka sendiri.
Program ini dijalankan dengan kerjasama beberapa orang sahabat sukarelawan dan juga sahabat2 saya yang sama2 menjayakan Group 'Gift of Love-GOL'.
Buat sahabat2 yang ingin menyumbangkan bahan mentah, ini senarai bahan mentah yang diperlukan untuk jualan amal itu nanti. Bahan mentah ini akan digunakan untuk membuat pizza, donut, currypuff dan makanan yang akan dijual. 100% hasil jualan makanan ini akan dimasukkan ke dalam dana 'Membina Kemahiran @ Baitul Ehsan'
Sahabat-sahabat pengunjung blog saya, sekiranya tidak keberatan, mohon share program ini dengan sahabat2 dan keluarga anda.. Mudah2an usaha yang sedikit ini akan memanfaatkan anak2 di Baitul Ehsan.. insya allah...
No comments:
Post a Comment