Friday, May 21, 2010

Its been a while.... ok! Ok! Its been too long and it appeared as if I’ve abandoned this blog but I didn’t mean to really....

 

Apa pula yang nak aku rakamkan hari ini? Tentang apa ya? Bila di imbas kembali, 17hb Jun nanti akan genaplah setahun umur Hannah Rumaysa, puteri kecilku. Sekali pandang wajahnya saling tak tumpah seperti Kakak Sulungnya semasa kecil. Semakin hari, Hannah semakin petah and she is soooo cute!

 

Jadual seharian aku semakin padat. Makin terasa sejak Yasmeen mula bersekolah. Kini di tahun 2. Aku tak rasa aku jenis yang ‘kiasu’ bila menyentuh soal prestasi anak. Aku berpendirian yang Yasmeen anak yang pintar dan aku tak mahu dia ketinggalan. Walaupun adakalanya aku terasa seperti aku terlalu menekan Yasmeen dalam soal pelajaran tapi jauh disudut hatiku (aku yakin semua ibubapa berperasaan yang serupa) aku hanya tidak mahu dia keciciran. Zaman sekarang terlalu mudah untuk bertemu guru yang hanya akan memberi perhatian kepada murid yang ‘nampak’ pintar. Kenapa aku gunakan istilah ‘nampak’. Pintar hari ini (lebih-lebih lagi sekolah rendah) tidak menjanjikan yang anak itu akan pintar selamanya. Permulaan yang baik punyai kebarangkalian untuk mencapai pengakhiran yang baik juga tetapi itu juga bukan sesuatu yang pasti. Adakalanya di pertengahan jalan pilihan dan dugaan mengubah segalanya.  Ok.. disini saja aku juga telah menyimpang. Sejak aku di bangku sekolah lagi, aku biasa melihat dikalangan guru sikap ‘pilih kasih’ dan ‘favouratism’ pada murid-murid yang pintar, yang ‘A-star’. Mereka diberi layanan yang lebih. Secara teorinya, jika guru punyai anak murid yang pintar, dengan sendirinya prestasi guru itu tampak baik.

 

Aku bukanlah dikalangan murid ‘A-star’. Aku rasa lebih dekat dihati jika ku ambil contoh sekolah menengah. Kelas aku kelas yang terkebelakang sedikit. Memang sangat terasa berbeza layanan guru-guru terhadap pelajar yang di kelas hadapan berbanding kami. Ada juga dikalangan mereka yang dikelas hadapan tetapi punyai masalah disiplin tetapi jarang dapat melihat guru-guru mendiskriminasi mereka. Pernah secara terang-terangan, kami dibeza-bezakan, pernah juga berlaku pada aku sendiri, pasukan kawad kaki yang telah aku bimbing di pilih ahli-ahlinya yang sudah berkebolehan dan digantikan kepada pasukan aku rakan-rakan bangsa cina yang tidak tahu langsung berkawad. Kelas kami pula waktu itu memang ramai pelajar-pelajar cina yang asal dari kelas peralihan. Ramai guru yang kurang berminat memberi perhatian lebih kepada kelas kami kerana kami dilabel pelajar ‘nakal’. Walau bukan semua.. ada juga yang nampak ‘innocent’. Aku masih ingat pada hari-hari terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun dan seterusnya peperiksaan SPM, kami diberi peluang menghantar wakil untuk berucap bagi pihak kelas masing-masing. Walau bukan ketua kelas, aku diberi kepercayaan itu dan kesempatan itu aku gunakan untuk menyampaikan antara lain, mesej yang sama yang aku ingin coretkan disini. Aku membayangkan kepada semua bagaimana kami sering terasa terpinggir, sering dijadikan contoh kurang baik, jarang diberi pujian (walau dimana sepatutnya) and the due respect, hanya kerana kami bukan jenis ‘pendiam’ dan kelas kami yang terkebelakang yang tidak pernah menjadi harapan para guru untuk mendapat keputusan baik dalam SPM. Pada hari itu aku menegaskan yang cara kami yang agak ‘rebellious’ tidak bermakna kami tidak boleh berjaya. Seorang guru diharapakan agar dapat memberikan layanan dan didikan yang saksama kepada semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang dan tahap pencapaian mereke apabila melakukan sebaliknya akan hanya menyebabkan pelajar itu lebih memberontak kerana rasa terpinggir. Tetapi semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha untuk mencapai keputusan yang baik. So what if your exam results are not A’s? Does life ends there? Life has just begun for each and everyone of us, that point of time (SPM) is just another momentum, strong or weak to push u forward.

 

At the end of the day does success measures mainly from what position a person hold, or what car he droves, what type of house he lives in? Success in life is endless.. it can be anything under the sun.. it doesn’t have to be materialised. And people just sometimes don’t get that.

 

Menjadi pelajar yang bukan pelajar contoh disekolah tidak meletakkan aku kebawah berbanding mereka-mereka yang pernah ditatang. Aku gembira menjadi siapa aku hari ini dan aku berhutang budi kepada mereka yang pernah membantu meletakkan aku dimana aku berada sekarang. Aku tidak menafikan peranan dan jasa seorang guru tetapi adakalanya kita perlu melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Siapa aku hari ini sebahagian besarnya adalah hasil usaha aku sendiri, rezeki dari Allah dan berkat doa dan sokongan keluarga. Aku tidak berhutang kepada sekolah tetapi aku berhutang budi dengan guru-gurunya. Aku ingin memberikan kredit kepada para guru tadika dan sekolah rendah yang telah mengajar aku mengenal huruf dan angka. Aku tidak akan lupa jasa Cikgu Nadzaruddin yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan semasa aku memerlukan, Sentiasa bersedia memberikan nasihat dan melayan karenah aku. Dialah seorang guru yang tidak pernah walau sekali mendiskriminasi aku malah setiap yang aku lakukan mendapat bimbingan dari beliau. Dialah guru yang paling banyak jasanya kepada aku. Juga kepada Cikgu Samihah, guru matematik tingkatan 5 yang tidak pernah walau sekali berkata tidak walaupun aku meminta untuk diajar di kaki tangga pejabat sekolah. Berkat bantuannya aku lulus kertas matematik. Puan Norehan yang setiasa memberi nasihat yang walau pedas tetapi tetap tidak pernah menyakitkan hati. Cikgu Norhakimah yang sangat memandang tinggi padaku, En. Abdul Rahman Ibrahim, Arwah Cikgu Norazah, and the list goes on and on.

 

Is this a tribute for Teacher’s day? I guess so la.... Its not so much about Yasmeen after all isn’t it? Hahahahaha

 

Sebenarnya aku berharap anak-anakku tidak berdepan situasi yang pernah aku hadapi waktu sekolah dahulu. Tetapi jika adapun aku berharap agar aku masih ada untuk membimbing dan memperlihatkan jalan keluar kepada situasi itu kepada anak-anakku. Tetapi, andai kata aku tiada, Aku berserah, berdoa dan bertawakkal pada Allah s.w.t agar dia memberikan jalan keluar kepada masalah ini seperti yang pernah diberikan kepadaku dan di berikan kecerdikkan akal fikiran untuk berfikir dan bertindak lebih baik dari mama mereka.

 

Zaman sudah berubah.. mungkin apa yang menanti mereka akan lebih mencabar dan menyimpangkan belok perjalanan hidup mereka sampai tiba di mana mereka sepatutnya berada nanti.. Aku mendoakan yang baik-baik sahaja dan agar mereka dapat merungkai apa jua permasalahan dalam hidup mereka dengan cara yang diredhai Allah.. amin....